Produk >>Produk Panel

Produk Panel                                                                   

       Koh, M.P. & Yeo, K.L

 

      Objektif utama projek ini adalah untuk menambah nilai tandan kosong di dalam bentuk gentian yang berkualiti tinggi dan pada masa yang sama juga untuk menjalankan kajian dan pembangunan untuk membangunkan produk-produk tambah nilai daripada sisa-sisa yang diperolehi daripada industri kelapa sawit.

       Projek ini yang dimulakan pada Januari, 1998 dan ditamatkan dalam bulan Disember, 1999. Ia telah bermula dengan mengenalpasti mesin-mesin yang sesuai dari dalam dan luar negeri yang dapat memenuhi keperluan projek. Melalui beberapa mesyuarat kerjasama, pengurusan dan teknikal, pasukan projek akhirnya dapat menghasilkan mesin penyiat, selepas melalui banyak modifikasi, yang lebih cekap dan dapat menghasilkan gentian yang lebih bersih. Prosedur yang sama juga telah digunakan untuk membangunkan mesin pemisah dan pengering untuk memenuhi keperluan papan gentian berketumpatan sederhana sebanyak 55 m3/hari.