Produk >>Produk Panel

Produk Panel                                                                   

       Maruli, H.S., Rahim, S. and Jin, S.S.

 

       Kertas kerja ini telah menyingkap sejarah mengenai papan serpai ikatan simen (CBP) secara ringkas. Cara bagaimana untuk memperbaiki kesesuaian kayu atau lignoselulosa yang lain dengan simen Portland dan juga untuk mengurangkan tempoh penekanan dalam pembuatan komposit ikatan simen adalah dengan mengubah komposisi kandungan iaitu dengan penambahan silika aktif, penambahan simen alumina dan gipsum, penambahan karbonat dan suntikan karbon dioksida semasa proses penekanan. Di dalam kajian ini, kaedah suntikan karbon dioksida telah digunakan untuk menghasilkan CBP daripada batang kelapa sawit. Didapati bahawa papan yang telah diperbuat melalui proses ini menunjukkan ciri-ciri yang lebih baik berbanding dengan papan yang dibuat secara konvensional. Proses ini juga telah digunakan untuk membuat papan simen dalam skala makmal daripada gentian batang kelapa sawit yang belum dan telah difermentasi. Papan yang diperbuat daripada bahan yang belum difermentasikan mematuhi Piawaian ISO 8335 tetapi papan yang diperbuat daripada gentian yang difermentasikan menunjukkan ciri-ciri yang kurang bermutu. Sehingga 10% simen Portland dapat digantikan dengan 'fly ash' atau 'fine grained high furnace slag', dan seterusnya mengurangkan kos perekat inorganik. Proses baru ini adalah mesra alam, kerana hampir kesemua karbon dioksida yang dikeluarkan di dalam pembuatan simen akan dikitar semula.