FAQs >>

Soalan-soalan yang sering ditanya (FAQs)                       

 

1: Apakah itu FAQ?

      FAQ adalah singkatan untuk Frequently Asked Questions. 
 

2. Apakah itu projek E-OPR?

     E-OPR adalah suatu projek yang menggunakan Teknologi Informasi dan Komunikasi

       (ICT) serta multimedia dalam menyebarkan penemuan-penemuan R&D berkaitan penggunaan sisa

       kelapa sawit yang berfaedah terhadap pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan ekonomi negara.

 

3. Apakah tujuan pembangunan portal E-OPR?

     Portal E-OPR dibangunkan bertujuan untuk memberi informasi mengenai pembangunan sisa-sisa kelapa

       sawit melalui kajian-kajian yang telah dijalankan di FRIM.

 

4. Siapakah ahli-ahli yang terlibat dalam projek E-OPR?

     Terdapat tiga pihak yang terlibat dalam projek ini iaitu FRIM, FELDA dan MM Virtual Base.

 

5. Perkara-perkara yang menarik yang boleh didapati dalam portal E-OPR.

      Ianya merangkumi maklumat mengenai pembangunan industri atau produk berasaskan sisa kelapa

        sawit dan juga abstrak kajian-kajian yang telah dijalankan.

 

6. Di manakah terletaknya Pusat Siber Mempaga 3?
     Ianya terletak di FELDA Mempaga 3, Bentong, Pahang.

 

7.  Adakah tikar sungkupan dan medium di dalam pasu yang digunakan dalam sesuatu proses menyungkup

    akan reput?

     Proses pereputan ini akan berlaku tetapi ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 8 bulan.

 

8.  Adakah tandan kosong kelapa sawit yang baru diambil daripada kilang boleh terus digunakan?

     Ianya perlu dibiarkan dahulu untuk beberapa hari dan tidak boleh digunakan terus kerana lebihan

        minyak sawit boleh menjadi toksik yang boleh memudaratkan tanaman.

 

9. Adakah tandan kelapa sawit sesuai disungkup di pokok durian atau pokok buah-buahan?

     Ya, tandan kelapa sawit amat sesuai digunakan sebagai bahan sungkupan untuk pokok buah-buahan.