Produk >>Produk Panel

Produk Panel                                                                   

      

       Koh, M.P., Mohd Nor, M.Y. & Francis,L.

 

     Papan gentian berketumpatan sederhana (MDF) yang berketumpatan nominal 750 kgm-3 telah diperbuat daripada tandan kosong kelapa sawit. Tandan kosong daripada kilang minyak telah disiatkan dan dipendekkan sebelum diproses kepada gentian yang sesuai untuk MDF. Dua kaedah penyediaan gentian telah dijalankan iaitu melalui proses basah dan proses kering. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kesan penyediaan gentian pada ciri-ciri papan. Secara amnya, papan yang diperbuat daripada gentian yang diperolehi melalui proses kering memberikan ciri-ciri mekanikal dan fizikal yang lebih baik.