Produk >>Produk Panel

Produk Panel                                                                   

      Rahim, S., Swamy, R.N. and Jalali, S.

 

     Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan ketahanan komposit simen yang diperbuat daripada gentian kelapa sawit. Gentian kelapa sawit (15-21 mm panjang dan 0.2-0.5 mm tebal) dan menggantikan simen sebanyak 10% dengan 'fly ash' (FA), abu sekam padi (RHA) atau lateks semulajadi telah dicampurkan dengan simen Portland dalam nisbah gentian/simen 1:2.5 untuk membentuk komposit simen. Ketahanan sampel-sampel komposit semasa pendedahan secara dalaman dan luaran kepada keadaan cuaca Malaysia telah dinilai berdasarkan kepada pengurangan ciri-ciri mekanikal dan fizikal komposit tersebut untuk jangka masa sehingga 300 hari. Ciri-ciri kekuatan komposit simen gentian kelapa sawit telah didapati memenuhi kedua-dua Piawaian Malaysia (MS 934: 1986) dan Piawaian Antarabangsa (ISO 8335: 1989). Keputusan menunjukkan pada awal peringkat pendedahan didapati kekuatan mekanikal bertambah disebabkan proses pengerasan simen masih berterusan. Walau bagaimanapun, ciri-ciri kekuatan komposit telah mula berkurangan selepas mencapai nilai optimum pada 60-180 hari pendedahan. Ini adalah disebabkan oleh kekuatan gentian kelapa sawit di dalam matriks simen yang beralkali tinggi semakin berkurangan. Secara amnya, ketahanan komposit simen gentian OPT yang mengandungi FA dan RHA adalah setanding dengan komposit simen kayu yang telah dikomersialkan.