Produk >>Produk Panel

Produk Panel                                                                   

      Khozirah, S., Rahim, S. and Killman, W.

 

     Gipsum adalah merupakan agen perekat mineral, yang digunakan secara meluas di dalam pembuatan papan perekat gipsum untuk kegunaan panel. Kajian telah dijalankan di dalam menentukan kesesuaian menggunakan gentian batang kelapa sawit sebagai bahan penguat di dalam pembuatan papan serpai ikatan gipsum. Di dalam bahagian pertama kajian, sembilan ciri GBP telah diperbuat pada ketumpatan-ketumpatan 1000, 1150 dan 1300 kg/m3 dan nisbah kayu:gipsum 1:2.5, 1:3.0 dan 1:3.5. Keputusan menunjukkan bahawa papan yang terhasil pada ketumpatan minimum 1150 kg/m3 dan nisbah kayu:gipsum 1:2.5 memenuhi keperluan fizikal dan mekanikal bagi GBP yang komersial. Di dalam bahagian kedua kajian, enam siri GBP pada ketumpatan 1150 kg/m3 telah dibuat, menggunakan saiz partikel yang berbeza dan campuran partikel kelapa sawit yang belum dan sudah dikeringkan. Ciri-ciri fizikal dan mekanikal papan yang telah dihasilkan juga dibincangkan.