Produk >>Produk Panel

Produk Panel                                                                   

    Rahim, S. and Khozirah, S.

 

   Kajian ini dilakukan untuk mengetahui kesan nisbah kayu/gipum dan ketumpatan yang berbeza ke atas ciri-ciri kekuatan papan serpai ikatan gipsum yang dihasilkan daripada batang kelapa sawit. Tiga lapisan papan ikatan gipsum telah disediakan daripada batang kelapa sawit dan telah diuji untuk ciri-ciri kekuatan. Tiga nisbah kayu:gipsum (1:2.5, 1:3 dan 1:3.5) telah digunakan dan ketumpatan papan adalah berbeza-beza di antara 1000 dan 1300 kgm-3. Partikel kelapa sawit tidak dirawat terlebih dahulu dan tiada bahan kimia perencat ditambah di dalam campuran kayu:gipsum. Papan dengan ketumpatan yang minimum 1150 kgm-3 dan nisbah kayu:gipsum 1:2.5 mempunyai ciri-ciri kekuatan yang setanding dengan papan serpai ikatan gipsum yang komersial. Sifat-sifat kekuatan papan serpai ikatan gipsum secara amnya telah bertambah baik dengan penambahan ketumpatan dan nisbah gipsum kepada kayu.