Produk >>Produk Panel

Produk Panel                                                                   

 

       Shaikh Abdul Karim Yamani, Abdul Jalil Ahmad,Jamaludin Kasim dan Nurulhuda Nasir

 

       Semasa pemprosesan buah kelapa sawit, tandan kosong kelapa sawit dihasilkan dalam kuantiti yang banyak. Bahan lignoselulosa ini sahaja telah dihasilkan sebanyak 2 juta tan (berdasarkan berat kering) dan ianya tidak digunakan secara komersil. Senario ini telah menyumbang kepada masalah persekitaran. Justeru, salah satu kegunaan bahan terbuang ini adalah dalam pembuatan komposit kayu. Dalam kajian ini, kesan kandungan resin ke atas pembuatan papan serpai dari tandan kosong kelapa sawit telah dijalankan. Pada asasnya, kekuatan papan serpai bertambah dengan bertambahnya kandungan resin. Walaubagaimanapun, sifat-sifat fizikal boleh diperbaiki dengan penambahan lilin kedalam pembuatan papan serpai tersebut.