Produk >>Produk Panel

Produk Panel                                                                   

 

 

      Siti Norralakmam Yahya dan Razali Abdul Kader

 

     Papan serpai berketumpatan 0.7 gcm-3 telah dihasilkan daripada batang kelapa sawit. Kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan kesan penambahan fenol-formaldehid dan penyemburan melamine urea formaldehid keatas papan dari batang kelapa sawit. Ujian penuaan (ATT) telah digunakan untuk menguji kestabilan dimensi dan sifat kekuatan papan tersebut. Secara amnya, papan serpai yang mengandungi penambahan resin yang tinggi menunjukkan kesan yang lebih baik dari papan serpai biasa.