Sisa Kelapa Sawit >>Pengenalan

Pengenalan                                                                     

 

  •   Sisa Cecair

      Sisa cecair yang dihasilkan oleh industri kelapa sawit adalah efluen kilang kelapa sawit (POME). Ia dihasilkan daripada proses pemerahan dan penulenan minyak sawit. Sisa ini kaya dengan nutrien tumbuhan dan digunakan secara meluas bagi meningkatkan kesuburan tanah ladang sawit.

 

Pelupusan konvensional sisa-sisa

 

Kaedah - kaedah yang diambil bagi melupuskan sisa - sisa pepejal di kilang sawit adalah seperti berikut :-

 

1. Bagi tandan kosong, kaedah yang dibuat adalah secara pembakaran untuk dandang kilang bagi menjana

    tenaga untuk operasi kilang. Selebihnya dibakar secara terkawal untuk menghasilkan abu dan sebahagian

    lagi dihantar ke ladang sebagai bahan sungkupan.

2. Pelepah dan batang sawit pula dilupuskan melalui proses penguraian di ladang.

3. Sabut mesokap dan tempurung juga dibuat bahan bakar untuk dandang.

4. POME pula disimpan di dalam kolam takungan sehingga kadar BODnya menurun lalu ditapis dan dialirkan ke

    sungai-sungai ataupun disiram ke ladang.

 

       Walaupun terdapat sistem bagi pelupusan sisa-sisa ini, namun pengeluaran yang berterusan daripada proses pemerahan di kilang menjadikan sisa-sisa ini yang ditinggalkan bersebelahan kilang sementara diambil tindakan selanjutnya. Longgokan ini selalunya menjadi punca pencemaran alam sekitar di mana ia mengeluarkan bau yang busuk dan menjadi habitat makhluk perosak seperti kumbang, kulat, cendawan dan ular yang boleh merosakkan tanaman ladang. Jadi cara yang lebih cekap mesti dikenalpasti bagi membolehkan sisa-sisa ini dilupuskan atau diguna semula secara teratur. Pembuatan produk-produk sampingan daripada sisa-sisa ini di samping memelihara alam sekitar dapat juga memberikan pendapatan sampingan kepada penduduk ladang.