Sisa Kelapa Sawit >>Pengenalan

Pengenalan                                                                     

 

     

     Di Malaysia mempunyai 3.5 juta hektar kawasan yang ditanam dengan kelapa sawit. Dalam tahun 2001, Malaysia telah dapat menghasilkan 11.8 juta tan minyak sawit mentah dan 1.53 tan minyak isirong sawit. Pengeluaran minyak sawit merupakan aktiviti terpenting dan penyumbang kepada hasil eksport Malaysia yang paling utama. Sisa-sisa yang dikeluarkan oleh industri kelapa sawit adalah:    

  •  Sisa Pepejal

        Industri kelapa sawit Malaysia adalah diantara penyumbang utama sisa-sisa organik pepejal dan cecair. Adalah dianggarkan sebanyak 23 - 25% daripada berat setiap tan tandan buah sawit adalah tandan kosong yang merupakan sisa pepejal utama kilang. Lain-lain sisa pepejal yang dikeluarkan oleh industri ini adalah serabut buah sawit (mesokap), tempurung, batang dan pelepah. Batang dan pelepah adalah juga merupakan sisa yang dihasilkan daripada ladang. Batang dan pelepah ini terhasil dengan banyaknya daripada aktiviti penanaman semula ladang kelapa sawit. Manakala pelepah terhasil daripada aktiviti pencantasan semasa penuaian buah.