Sisa Kelapa Sawit >>Potensi Kegunaan

Potensi Kegunaan                                                            

 

 

       Produk

 

     Terdapat banyak industri berasaskan bahan lignoselulosa di Malaysia pada masa kini. Industri perabot dan kertas adalah salah satu daripada industri yang berkaitan. Penghasilan papan-papan serpai bagi menggantikan komponen-komponen kayu bagi perabot adalah yang paling aktif dijalankan di Malaysia. Bahan mentah utama bagi industri perabot dan papan serpai di Malaysia adalah kayu getah.Sumber kayu getah diperolehi daripada pokok getah yang tidak produktif lagi yang ditebang dan dijual ke kilang-kilang tersebut. Adalah diramalkan bahawa akan berlaku situasi di mana kayu kayu getah ini akan berkurangan ke tahap yang kritikal dan industri berkaitan akan mengalami kekurangan bahan mentah dan terpaksa mencari bahan alternatif atau gantian untuk industri mereka.

 

     Penyelidik-penyelidik di Malaysia telah mengesyorkan bahan mentah yang mungkin sesuai bagi menggantikan kayu getah ialah sisa-sisa lignoselulosa daripada industri kelapa sawit khasnya tandan- tandan kosong kelapa sawit yang amat banyak dikeluarkan setiap hari daripada kilang-kilang kelapa sawit. Menggunakan bahan ini sebagai alternatif kepada kayu getah bukan sahaja dapat mengatasi masalah kekurangan bahan tetapi juga dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar sekaligus mendapat pulangan daripada sisa-sisatersebut. Oleh itu, banyak projek penyelidikan telah dijalankan bagi membuktikan bahawa bahan lignoselulosa ini sesuai untuk pembuatan papan serpai dan kertas. Selain daripada produk yang disebutkan tadi, sisa-sisa tersebut juga boleh dibuat produk-produk lain seperti kompos  dan tikar sungkupan untuk tanaman dengan ciri-ciri yang agak berlainan daripada kegunaan menyungkup secara tradisional.

   

     Seperti yang telah dijangkakan sisa biogisim kelapa sawit bakal menjadi sisa pertanian yang terbanyak dimasa akan datang. Oleh itu pihak industri sawit kini dalam usaha mencari langkah-langkah menuju kearah sisa sifar dan mesra alam. Sisa kelapa sawit berpotensi sebagai sumber alternatif kepada kayu getah dalam industri perkayuan. Hasil penyelidikan yang dijalankan keatas sisa-sisa kelapa sawit kini telah diberi lebih penekanan keaarah pengkomesialan produk.