Produk >>Lain-lain

Lain-lain                                                                          

 

    

     Wulf, K. & Koh, M.P.

 

    Kertas kerja ini adalah mengenai kajian-kajian ke atas Cocos nucifera, Corypha spp., Livistona rotundifolia, Elaeis guineensis, Borassus spp., Oncosperma spp., Metroxylon spp., Arenga pinnata dan pohon palma yang lain samada yang telah dilaksanakan mahu pun yang masih berjalan. Adalah dicadangkan bahawa kajian mengenai batang palma sepatutnya bertujuan ke arah pencarian kegunaan industri bagi palma yang ditanam secara perladangan juga kegunaan bagi palma yang tumbuh di kawasan yang mana kayu konvensional adalah amat berkurangan. Aktiviti-aktiviti kajian pada masa akan datang bagi batang kelapa sepatutnya ditumpukan lebih ke arah segi ekonomi. Manakala kajian mengenai batang kelapa sawit pula seharusnya lebih berat kepada bentuk penggunaan bukan-kayu. Kerjasama yang lebih rapat di antara saintis-saintis di dalam bidang perkayuan dengan penyelidik-penyelidik daripada bidang-bidang yang lain juga telah dicadangkan.