|
|
Lain-lain
Densifikasi
ke atas batang kelapa sawit: Perbandingan
diantara tekanan panas dan rawatan
ammonia
Koh, M.P. & Killman,
W.
Pengeringan tekanan panas telah digunakan pada batang kelapa sawit untuk
mengeksploitasikan potensi kaedah ini di dalam mempertingkatkan
ciri-ciri batang agar menjadikan mereka lebih stabil berdimensi.
Keputusan menunjukkan bahawa reja kayu daripada batang kelapa sawit
berumur 23 tahun yang berketebalan 25 mm dapat dikeringkan kepada
kandungan kelembapan lebih kurang 12% dengan degradasi yang minimum.
Bergantung kepada lokasi pada batang di mana sampel telah diperolehi,
ketumpatan semakin bertambah selepas rawatan berbeza dengan ketumpatan
awal. Ciri-ciri kekuatan telah ditentukan berkaitan dengan tempoh
penekanan dan suhu. Kajian bandingan ke atas kesan rawatan-rawatan
ammonia dan stim turut telah dilakukan.
|