Produk >>Lain-lain

Lain-lain                                                                          

 

 

    Koh, M.P., Wulf, K., Andrew, H.H. Wong, & Mohamed, D.

 

   Pengeringan tekanan panas telah digunakan pada batang kelapa sawit untuk mengeksploitasikan potensi kaedah ini di dalam mempertingkatkan ciri-ciri batang agar menjadikan ianya lebih stabil berdimensi. Keputusan menunjukkan bahawa reja kayu daripada batang kelapa sawit berumur 23 tahun yang berketebalan 25 mm dapat dikeringkan kepada kandungan kelembapan lebih kurang 12% dengan degradasi yang minimum. Bergantung kepada lokasi pada batang di mana sampel telah diperolehi, ketumpatan semakin bertambah selepas rawatan berbeza dengan ketumpatan awal. Ciri-ciri kekuatan telah ditentukan berkaitan dengan tempoh penekanan dan suhu.