Produk >>Lain-lain

Lain-lain                                                                          

 

        

       Abdul Razak, M.A. & Koh. M.P.

 

    Kelapa sawit, Elaeis guineensis, merangkumi 2.5 hektar, lebih kurang 80% daripada Semenanjung Malaysia. Jangka hayat ekonomi bagi kelapa sawit adalah 25 tahun dan kini kebanyakan perladangan perlu ditanam semula. Ini bermakna bahawa sejumlah yang besar biomas di dalam bentuk batang dan pelepah kelapa sawit boleh diperolehi dan sedia untuk digunakan. Bahan yang banyak ini dapat diperolehi di Semenanjung dengan bekalan yang sedia ada sebanyak 2.75 juta tan untuk gentian batang yang kering dan 1.21 juta tan untuk gentian pelepah yang kering tahunan. Selain daripada batang dan pelepah daripada penebangan, pelepah daripada operasi pemangkasan semasa penuaian dan tandan kosong (EFB) dari kilang minyak juga sedia ada untuk ditukarkan kepada produk-produk tambah nilai. Tambahan pula gentian mesokarp ini juga boleh diperolehi sepanjang tahun. Kesediaadaan perolehan tahunan dianggarkan dalam 3 juta tan.