Produk >>Lain-lain

Lain-lain                                                                          

 

 

      Mahmudin Saleh & Puad Elham

 

      Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk menghasilkan produk nilai tambah dari sisa kelapa sawit. Menjelang tahun 2000, sebanyak 7 juta tan batang kelapa sawit dan 26.2 juta tan pelepah sawit akan dikeluarkan. Program penyelidikan yang intensif diantara FRIM dan United Plantations Berhad telah berjaya membangunkan teknologi pemprosesan gentian. Pemprosesan sisa kelapa sawit melibatkan pengasingan gentian dan tisu parenkima. Tisu parenkima merupakan bahan yang mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi. Komponen sistem pemprosesan gentian terdiri daripada pengasingan, hammermill dan penapisan.