Produk >>Pulpa & Kertas

Pulpa & Kertas                                                                 

 

 

     Liew Kang Chiang, Jalaluddin Harun & Mohd Nor Mohd. Yusoff

 

    Proses pempulpaan menggunakan etanol ke atas pelepah kelapa sawit yang telah dijalankan mendapati peratus pulpa yang dihasilkan, kandungan 'shive' serta kebolehan pelunturan bergantung kepada kepekatan etanol yang digunakan. Kepekatan yang tinggi akan meningkatkan jumlah pulpa yang dihasilkan, mengurangkan 'shive' serta lebih memudahkan pelunturan. Kekuatan kertas yang dihasilkan turut meningkat dengan kepekatan etanol yang tinggi. Walau bagaimanapun, kekuatan pulpa yang dihasilkan melalui proses ini didapati lebih rendah berbanding dengan proses kraf.