Produk >>Pulpa & Kertas

Pulpa & Kertas                                                                 

 

 

      Khairunisak Abdul Razak, Oi Boon Hong, Sarani Zakaria, Sahrim Ahmad & Mohd Nor Mohd. Yusoff 

 

     Dalam kajian ini, proses pempulpaan kraf ke atas tandan kosong kelapa sawit (EFB) telah dijalankan dengan menambah anthraquinone dan metanol. Penambahan kedua-dua bahan ini dipercayai boleh meningkatkan peratus serta kualiti pulpa yang dihasilkan. Jumlah pulpa yang dihasilkan agak rendah iaitu dalam lingkungan 20 hingga 30 peratus bagi kandungan alkali aktif antara 13% dan 17%. Penambahan kepekatan alkali aktif serta masa 'beating' didapati meningkatkan kekuatan serta kebolehan pelunturan bagi kertas yang dihasilkan.