Produk >>Pulpa & Kertas

Pulpa & Kertas                                                                 

 

 

    Mohd Nor Mohd. Yusoff

 

    Kajian proses pempulpaan separa kimia ke atas gentian pelepah kelapa sawit ini mendapati pulpa yang dihasilkan mempunyai kualiti dan kekuatan yang tinggi. Pulpa bertapis yang dihasilkan adalah di antara 57 hingga 60%. Pulpa tanpa pelunturan yang dihasilkan sesuai untuk dijadikan 'corrugating medium', kertas pembalut dan 'board'. Pulpa yang telah diluntur pula sesuai dijadikan sampul surat dan lejar serta kertas memo. Walau bagaimanapun, pulpa yang dihasilkan mungkin perlu dicampur dengan sedikit gentian panjang bagi memperolehi sifat-sifat kertas yang dikehendaki.