Produk >>Pulpa & Kertas

Pulpa & Kertas                                                                 

 

 

     Mohd Nor Mohd. Yusoff, Khoo, K.C & Lee, T.W

 

    Kajian dijalankan proses pempulpaan sulfat (juga dikenali sebagai proses kraf) dan soda dengan penambahan anthraquinone telah dijalankan ke atas batang kelapa sawit. Penambahan anthraquinone dalam kedua-dua proses pempulpaan sulfat dan soda didapati meningkatkan jumlah pulpa yang diperolehi, mengurangkan jumlah pulpa mentah (shive) serta meningkatkan kebolehan pelunturan bagi pulpa. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan yang ketara dari segi kekuatan dan kecerahan kertas yang terhasil apabila dibandingkan dengan proses kedua-dua proses tanpa anthraquinone.