Produk >>Pulpa & Kertas

Pulpa & Kertas                                                                 

 

 

     Mohd Nor Mohd. Yusoff, Khoo, K.C & Lee, T.W

 

    Proses pempulpaan sulfat (juga dikenali sebagai proses kraf) dengan penambahan anthraquinone telah dijalankan ke atas gentian daripada batang kelapa sawit. Anthraquinone yang ditambah berfungsi untuk meningkatkan kadar pengeluaran lignin daripada gentian. Kajian ini mendapati penambahan anthraquinone dalam proses pempulpaan sulfat dapat menambahkan jumlah pulpa yang diperolehi, mengurangkan jumlah pulpa mentah (shive) serta meningkatkan kebolehan pelunturan bagi pulpa. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan yang ketara dari segi kekuatan dan kecerahan kertas yang terhasil apabila dibandingkan dengan proses kraf tanpa anthraquinone.