Produk >>Pulpa & Kertas

Pulpa & Kertas                                                                 

 

 

    Younis H. Suleiman & Mohd Nor Mohd Yusoff

 

   Kajian proses pempulpaan menggunakan pelarut organik etanol telah dijalankan ke atas pelepah, tandan kosong (EFB) dan batang pokok kelapa sawit. Proses ini menawarkan beberapa kelebihan dari segi ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar berbanding proses pempulpaan kimia konvensional; di antaranya penggunaan bahan kimia dan tenaga yang rendah, pelarut dan hasil sampingan lain mudah diasingkan, sesuai dijalankan pada skala kecil, kos pembinaan kilang yang rendah dan kurang pencemaran alam sekitar. Proses ini bebas daripada sulfur dan sesuai untuk kayu keras dan bahan bukan kayu. Jumlah hasil pulpa yang diperolehi, jumlah pulpa mentah (shive), kebolehan pelunturan dan kekuatan pulpa adalah parameter proses yang dikaji. Kajian mendapati proses pempulpaan menggunakan campuran 60% etanol dan 40% air selama 90 minit, suhu 180 C dan nisbah cecair/gentian sebanyak 12:1 memberikan jumlah hasil tertinggi, pulpa mentah terendah, paling mudah dilunturkan dan sifat kertas yang baik. Walau bagaimanapun, jumlah pulpa serta kualiti kertas yang terhasil bergantung kepada jenis gentian (samada pelepah, tandan kosong atau batang) kelapa sawit yang digunakan.