Produk >>Pulpa & Kertas

Pulpa & Kertas                                                                 

 

 

     Kajian ini berkisar tentang pembangunan pulpa baru dari serabut tandan kelapa sawit untuk industri pembungkusan. Pulpa ini terhasil dari penggunaan teknologi BIVIS iaitu menggunakan sejenis mesin skru-kembar dimana ianya adalah proses secara pemulpaan kimia-mekanikal. Pulpa daripada pelbagai gred dan kualiti telah dihasilkan menggunakan teknologi ini yang telah melalui beberapa peringkat percubaan pada skala perintis. Pelbagai produk dari tandan kosong kelapa sawit boleh dihasilkan melalui teknologi ini. Diantaranya ialah gentian tandan kelapa sawit untuk penghasilan papan gentian berketumpatan sederhana (MDF), pulpa tidak terluntur untuk papan beralun ("flutting" dan "liner").