Produk >>Pulpa & Kertas

Pulpa & Kertas                                                                 

 

 

     Javad K. Sameni, Sarani Zakaria, Jalaluddin Harun & Mohd Nor Mohd. Yusoff

 

     Proses pempulpaan kimia-mekanikal (CMP) telah dijalankan ke atas tandan kosong kelapa sawit (EFB) menggunakan sodium sulfit (Na2SO3) dan sodium hidroksida (NaOH). Proses pempulpaan ini adalah kombinasi proses kimia dan mekanikal di mana gentian EFB direndam selama 24 jam dalam campuran Na2SO3 dan NaOH sebelum dimasak menggunakan wap dan dikisar pada tekanan atmosfera. NaOH berfungsi untuk mengimbangkan gentian yang boleh memudahkan proses permpulpaan manakala Na2SO3 dilaporkan boleh memudahkan pelunturan pulpa. Campuran kedua-dua bahan ini dilaporkan dapat menambah jumlah pulpa yang dihasilkan selain memperbaiki sifat-sifat optikal dan mekanikal bagi pulpa CMP. Kajian ini mendapati penghasilan, kekuatan dan kecerahan pulpa berkurangan apabila kepekatan NaOH bertambah.