Produk >>Produk Panel

Produk Panel                                                                   

      

      Mohd Nor Mohd. Yusoff, Mohd Zin Jusoh & Wan Roshdan Wan Utama

 

      Kajian dijalankan ke atas MDF yang diperbuat daripada campuran gentian kelapa sawit dan kayu getah pada kadar yang berlainan menggunakan resin urea formaldehid. MDF dengan peratus campuran gentian kelapa sawit yang tinggi memberikan warna yang lebih gelap berbanding dengan peratus kandungan kayu getah yang tinggi. Keputusan kajian ini menunjukkan penambahan peratus campuran gentian kayu getah dapat meningkatkan kekuatan MDF tetapi tidak mempengaruhi sifat pengembangannya (thickness swelling). Kesemua MDF yang dihasilkan menepati keperluan piawai JIS (Japanese Industrial Standard) bagi sifat Modulus Kekenyalan (MOE). Bagi mendapatkan MDF dengan kekuatan yang baik, sekurang-kurangnya 50% gentian kayu getah perlu dicampurkan.