Produk >>Produk Panel

Produk Panel                                                                   

      

      R. Mayor, Mohd Nor Mohd Yusoff & M.P. Koh

 

    Kajian ini dijalankan ke atas batang, pelepah dan tandan kosong kelapa sawit bagi menghasilkan papan gentian berketumpatan sederhana (MDF). Penyelidikan ini bertujuan mengenalpasti kesan penggunaan resin yang berlainan ke atas perekatan gentian. Resin urea formaldehid digunakan dalam kajian ini dan perbandingan dibuat dengan MDF yang dihasilkan menggunakan kayu getah. Kajian ini mendapati resin yang digunakan untuk menghasilkan MDF daripada kayu getah tidak sesuai digunakan untuk gentian kelapa sawit dan menghasilkan MDF dengan kekuatan yang rendah dan gagal menepati spesifikasi piawaian JIS (Japanese Industrial Standard) dan BS (British Standard).