Produk >>Lain-lain

Lain-lain                                                                          

 

 

     Abd. Latif Mohmod & Hilmi Tahir

 

     Kajian ini bertujuan untuk menyelidik potensi palma terpilih iaitu kelapa, kelapa sawit, pinang, rotan manau dan nibong untuk kegunaan bahan lantai (parket). Kesesuaian spesis ini untuk pengaplikasian  tersebut dinilai melalui ketahanan kehausan ianya menggunakan mesin ujian lelasan. Sebagai perbandingan, kempas yang terkenal sebagai sumber bahan lantai telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan nibong dan pinang mengatasi kempas manakala selebihnya hanya boleh digunakan untuk kondisi lantai trafik yang ringan dan sederhana.