Produk >>Lain-lain

Lain-lain                                                                          

 

 

      Ismail Ab. Rahman , Hoi, W.K., Puad Elham & Mohd Azmi Hashim

        

      Perbandingan keatas dua kaedah pemprosesan batang kelapa sawit iaitu kaedah konvensional (pertama) dan kaedah dipertingkatkan (kedua) akan dibincangkan. Dalam kaedah konvensional, pokok kelapa sawit ditumbangkan dengan menggunakan mesin jengkaut, dipotong sepanjang 2m bermula 2m dari pangkal pokok. Batang kelapa sawit diproses menggunakan gergaji kumpulan, gergaji gelung dan diserpai menggunakan mesin penyerpai Pallmann. Kos pengeluaran serpai adalah sebanyak RM73.98/tan @ RM0.25/kg berat kering. Dalam kaedah kedua, pokok kelapa sawit ditumbangkan dengan menggunakan mesin jengkaut, kepingan batang kelapa sawit dihancurkan mengikut saiz makanan ternakan dengan menggunakan mesin penyerpai Junkkari. Kos pengeluaran serpai adalah sebanyak RM59.04/tan @ RM0.20/kg berat kering. Jumlah pengeluaran serpai bagi kaedah konvensioanl adalah sebanyak 1 tan/jam dan kaedah kedua sebanyak 1.17 tan/jam.