![]() |
|
|
Produk >>Karbon Teraktif |
||
![]() |
||
pengaktifan wap/stim
Tempurung kelapa sawit sebagai bahan alternatif untuk pengeluaran aktif
Wan Rshidah Kadir, Puad Elham, Rozita Ahmad, Wan Asma Ibrahim, Mahmudin Saleh,Ngoo Y.K & Kevin Yip
Karbon aktif diproses melalui pengasingan bahan tar yang menutupi liang/rongga karbon di dalam arang dan meningkatkan keupayan penyerapannya. Karbon aktif adalah bahan pelbagaiguna seperti pembersihan air, gas, cecair dan proses mendapatkan logam tinggi nilai seperti emas dari bijih. Secara tradisional karbon aktif dihasilkan daripada arang tempurung kelapa dan serbuk kayu. Berasaskan kepada sumber tempurung kelapa sawit yang banyak dan mudah diperolehi, FRIM dan KD Technology telah membina loji rintis untuk pengeluaran karbon aktif menggunakan kaedah wap. Kilang ini mengguna pakai sistem perolehan haba di mana lebihan haba yang dihasilkan melalui relau digunakan untuk penjanaan di dalam dandang. Keupayaan pengeluaran karbon aktif adalah sebanyak 100 tan/bulan. |
||
|
||
|
||
![]() |