Produk >>Tikar Sungkupan

Tikar Sungkupan                                                              

 

     

     

Hasil Kajian

 

     Daripada hasil kajian menunjukkan bahawa menyungkup anak sawit dapat

 

        menyuburkan pokok

        menambahkan hasil buah sawit (15-36 %)

        menyuburkan tanah dengan bahan organik

        membaiki struktur tanah

        mempercepatkan pokok berbuah

        mengawal hakisan permukaan tanah

        mengurangkan kos dimana nilai nutrien (NPK) 1 ton bernilai RM 360.00

 

                   

 

        Walau bagaimanapun tandan kosong ini hanya dapat digunakan diladang kelapa sawit sahaja. Ini adalah disebabkan sifat tandan kosong tersebut yang tidak mesra alam  (4B) iaitu :

 

            1. berduri

            2. berminyak

            3. berat

            4. berbau

 

       Oleh itu kajian perlu dilakukan untuk mengubah sifat tandan kosong ini kepada sifat yang lebih komersial iaitu ringan, kering dan senang dikendalikan agar penggunaannya dapat diperluaskan lagi. Daripada hasil penyelidikan FRIM, satu produk baru iaitu tikar sungkupan mula diperkenalkan.