Produk >>Produk Panel

Produk Panel                                                                   

 

      Rahim Sudin, Khozirah Shaari & Salamah Selamat

 

    Kesan pelbagai saiz partikel dan penambahan bahan kimia terhadap sifat-sifat kekuatan mekanikal papan serpai ikatan simen yang diperbuat daripada batang kelapa sawit pra-rendaman (OPT) telah dikaji. Serpihan OPT yang diperolehi pada saiz sieve 2 dan 1 mm serta 3 jenis bahan kimia iaitu aluminium sulfat, magnesium klorida dan kalsium klorida telah digunakan. Papan-papan yang dihasilkan didapati memenuhi spesifikasi Piawaian Malaysia bagi papan kayu-simen iaitu kekuatan bengkokan dan regangan. Penambahan 2% (berdasarkan berat simen) aluminium sulfat dan magnesium klorida telah menjadikan ciri-ciri kekuatan bagi papan serpai ikatan simen (CBP) lebih baik dibandingkan dengan penambahan kalsium klorida. Walau bagaimanapun tidak terdapat kesan daripada pelbagaian saiz partikel terhadap ciri-ciri kekuatan pembengkokan dan regangan CBP yang dihasilkan daripada serpihan OPT.