Produk >>Produk Panel

Produk Panel                                                                   

         Rahim, S. & Swamy, R.N.

 

      Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti kemungkinan untuk menggantikan simen Portland daripada papan komposit simen-gentian kayu sebanyak 10, 20 dan 30% dengan menggunakan 'pulverised fly ash' (PHA), abu sekam padi (RHA) dan lateks semulajadi. Spesifikasi Piawaian Malaysia untuk papan simen kayu (MS 934:1986) telah digunakan untuk menguji ciri-ciri kekuatan papan yang dihasilkan Keputusan menunjukkan bahawa penggantian simen sehingga 20% dapat dilakukan dan masih menghasilkan komposit gentian kayu simen yang memenuhi keperluan minimum piawaian. Manakala penggantian simen sehingga 30% telah mengurangkan ciri-ciri kekuatan komposit tersebut. Penggunaan PFA dan RHA dapat mengurangkan kos pembuatan komposit simen-gentian kayu kerana bahan ini masing-masing adalah merupakan sisa-sisa penjanaan elektrik dan penuaian padi.