Produk >>Komposit

Komposit                                                                         

 

 

 

      Pengkelasan

 

     Komposit kayu dikategorikan berdasarkan saiz bahan kayu yang digunakan iaitu ;

       i.     papan laminasi

       ii.    papan serpai

       iii.   papan gentian

 

      1.  Papan laminasi

 

     adalah papan yang diperbuat daripada venir atau kayu nipis yang disusun dan dilekatkan

        bersama secara berlapis-lapis

      Contoh papan laminasi ialah papan lapis, laminated vaneer  lumbel (LVL) dan glulam

 

      2.  Papan serpai

   

     adalah papan yang dihasilkan daripada partikel atau kepingan kayu yannng dilekatkan bersam   

        menggunakan perekat dengan kehadiran haba dan tekanan

      Papan wafer dan papan strand berorientasi:

        menggunakan bahan kayu dengan saiz yang lebih panjang dan lebar.

     Papan serpai ikatan mineral: bahan kayu akan dicampur dengan perekat bukan organik

        seperti magnesit gipsum dan simen portland.     

 

      3. Papan gentian

   

       Dihasilkan dan gentian yang dilekatkan bersama melalui satu proses khas

       Contoh papan gentian:

         papan gentian berketumpatan sederhana  ( MDF )

         insulating board dan

         hardboard

        Insulating board:  papan gentian yang dihasilkan dengan kehadiran haba dan mempunyai

          ketumpatan antara 160 hingga 500 kg/m3

        Hardboard: seperti insulating board tetapi ketumpatannya lebih daripada 500kg/m3

        Papan gentian ketumpatan sederhana (MDF)

         diperbuat daripada gentian kayu yang dilekatkan dengan perekat sintetik dengan kehadiran tekanan

            dan haba

          jika ketumpatan dibawah 640kg/m3 dikenali sebagai papan gentian ketumpatan rendah (LDF)

          jika ketumpatannya lebih dari 800kg/m3, dikenali sebagai papan gentian ketumpatan tinggi

           (HDF)