Kompos
Kompos
Pembuatan Kompos
Penggunaan Kompos
Penggunaan Kompos
Kompos
telah digunakan secara meluas dalam pertanian organik sebagai media
tanaman dan juga sebagai baja. Ia adalah media yang lain untuk
menggantikan pasir bagi proses percambahan biji benih. Kajian juga
mendapati kompos amat sesuai sebagai: 1)Media untuk penyimpanan anak benih
pokok hutan 2)Media tanaman 3)Bahan sungkupan 4)Baja organik (bagi
kompos yang kaya nutrien) 5)Bahan untuk memperbaiki struktur tanah yang
bermasalah seperti tanah pasir atau tanah yang terlalu padat.
Penghasilan kompos adalah satu alternatif yang mudah dan murah dalam
menangani masalah sisa kelapa sawit yang berlebihan. Kompos yang
dihasilkan daripada sisa kelapa sawit amat sesuai sebagai media
tanaman, samada secara tersendiri ataupun campuran dengan tanah. Dengan
peningkatan kesedaran terhadap pertanian organik, adalah dijangka dapat
meningkatan permintaan terhadap bahan ini.

|