Produk >>Lain-lain

Lain-lain                                                                          

 

 

     Woon Weng Chuen

 

    Hasil penemuan penyelidikan telah menunjukkan bahawa batang kelapa sawit boleh digunakan untuk penghasilan kertas dan pulpa, papan partikel, papan simen, papan gipsum, makanan haiwan, penghasilan alkohol, parket, penyapu, komponen perabot dan sebagainya. Walaupun kajian kebolehlaksanaan dari segi teknikal telah dijalankan, penilaian kebolehlaksanaan dari segi kewangan perlu dijalankan. Kajian ini bertujuan untuk menilai kos penuaian, pengangkutan dan jumlah pelaburan awal yang terlibat dalam usaha untuk mengkomersilkan batang dan pelepah kelapa sawit untuk pelbagai kegunaan tersebut. Hasil kajian menunjukkan, potensi penggunaan batang kelapa sawit terbatas kepada produk panel dan makanan haiwan jika dilihat kebolehlaksanaan dari segi teknikal dan kewangan.