Produk >>Lain-lain

Lain-lain                                                                          

 

    

     Ismail Ab. Raman & Hoi, W.K.

 

    Kajian ini menyelidik tentang kaedah alternatif untuk memproses batang kelapa sawit bagi aplikasi makanan haiwan. Dalam percubaan ini, pokok kelapa sawit telah ditebang melalui kaedah tolakan, seterusnya melalui proses pencarikan dan kemudian diserpai menggunakan “Junkari chipper”. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan mudahgerak “Junkari Chipper” adalah lebih praktikal dan efektif berbanding kaedah “Palman flaker”.